Program Qurban

Bantuan Qurban 2025
"Qurban tanda Taat, Rezeki jadi Berkat
Jom Sempurnakan Ibadat
Qurban bukan setakat adat - ianya satu sunnah yang melambangkan pengorbanan dan belas kasihan. Buat komuniti kurang bernasib baik, daging korban merupakan makanan yang jarang sekali dapat dirasai mahupun dinikmati.
Tahun ini, Qurban anda akan disalurkan kepada keluarga-keluarga di India, Somalia, Arakan (Burma) dan Malaysia. Rebut pahala, hulur kasih — kerana di sebalik setiap sembelihan, ada tangisan yang diganti dengan senyuman.
Siapakah yang akan menerima bantuan Qurban?
- Keluarga yang bergelut dengan masalah kekurangan makanan
- Pelarian yang mempunyai akses terhad kepada daging sepanjang tahun
- Anak yatim dan balu tanpa sumber pemakanan yang stabil
Bagaimana sumbangan anda berfungsi
- Pilih pakej Qurban anda (bilangan bahagian /seekor lembu)
- Rakan kongsi tempatan kami yang dipercayai melaksanakan Qurban bagi pihak anda
- Daging Qurban diagihkan terus kepada mereka yang memerlukan