Tentang Kami
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" (Quran 2:262)
Mengenai Kami
Established in 2014, Yayasan Hati Nusantara Yayasan Hati Nusantara (YAHN) - yang dulu dikenali sebagai Tabung Amanah Hati Nusantara - telah ditubuhkan pada 2014 - adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation) yang berdedikasi untuk memperkasakan golongan sasar iaitu komuniti yang kurang mendapat perhatian di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara . Apa yang bermula sebagai misi bersama sekumpulan rakan rapat kini telah berkembang menjadi sebuah jaringan dinamik yang komited terhadap bantuan kemanusiaan, pembangunan lestari, dan pemerkasaan masyarakat.
What began as a mission among close friends has now grown into a dynamic network committed to humanitarian aid, sustainable development, and community upliftment.
Sertai Untuk Membawa Perubahan
Sertai kami di dalam membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat yang terpinggir.
Visi
Berlandaskan nilai-nilai Islam yang penuh dengan kasih sayang dan keadilan, YAHN membayangkan sebuah dunia - tidak kira bangsa, agam, atau latar belakang - yang bebas dari penderitaan dan memiliki sumber daya untuk sentiasa maju dan berkembang.
Misi
Di YAHN, kami bertekad untuk memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik serta komuniti terpinggir dan kominiti yang memerlukan dengan memenuhi keperluan kritikal dalam kesejahteraan sosial, kestabilan ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan. Didorong oleh iman dan semangat memberi, kami menyediakan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas oleh peperangan, konflik, kemiskinan, dan bencana alam. Melalui program-program lestari dan pemerkasaan jangka panjang, kami berusaha untuk menjayakan perubahan positif yang berkekalan.
Objektif utama
- Menyediakan bantuan kecemasan, bekalan makanan, dan sokongan perubatan kepada mereka yang sedang menghadapi krisis.
- Menyokong program pendidikan dan inisiatif ekonomi untuk menggalakkan kemandirian.
- Bekerjasama dengan pihak-pihak yang dipercayai untuk menyampaikan bantuan di tempat yang paling memerlukan.
- Mendorong amalan dermawan dan tanggungjawab sosial melalui inisiatif untuk membantu komuniti-komuniti.
What We Do
Setiap inisiatif yang kami jalankan bertujuan untuk memperbaiki keadaan sosial, ekonomi, kesihatan, dan pendidikan dalam kalangan golongan sasar kami.
Kami bekerjasama dengan komuniti yang terpinggir di Malaysia, Syria, India, Myanmar, dan beberapa negara lain. Keutamaan kami adalah untuk menyantuni pelarian, anak yatim, pelajar, dan belia yang kurang berkemampuan.
Dengan sokongan berterusan daripada anda semua, kami berharap dapat meneruskan usaha-usaha murni ini. Jika anda ingin tahu bagaimana anda boleh menyumbang, hubungi kami di info@hatinusantara.org

Di Sebalik YAHN - Warga Kami
Yayasan Hati Nusantara diketuai oleh sekumpulan sahabat yang komited di dalam menjayakan aktiviti dan program bantuan kemanusiaan dan pembangunan komuniti. Mereka bersedia untuk menyumbang masa dan kepakaran mereka untuk memberi sokongan kepada komuniti yang memerlukan.
